Isnin, 28 Januari 2013


Latihan 5

Pilih soalan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.
1.      Mak Senah dan anaknya, Lina sedang _____________ bunga di ruang tamu rumahnya.
A mengubah                B menukar                   C menggubah              D merobah

2.      Ketika kejadian gempa bumi, beberapa deret bangunan di kawasan itu_______________.
A berdetar                   B bergegar                   C bergetar      D bergoncang

3.      ” Janganlah asyik ______________ sahaja di bilik. Rajin-rajinlah bergaul dengan masyarakat sekeliling,” kata Sara kepada rakannya.
A terserap                    B terperap                   C terperangkap         D teresap

4.      Encik Mural ______________ maklumat peribadinya bersama-sama dengan borang permohonan itu.
A melampirkan            B lampiran                   C dilampirkan             D lampir

5.      Sebagai akibat kegawatan ekonomi negara, projek pembangunan di kawasan itu telah ________________ .
A musnah                    B  terbengkalai            C sia-sia                    D selesai

6.      ” _______________ kamu sudah ditipu oleh jurujual itu,” kata Lamsah kepada Ramlan.
A Entah                    B Entah-entah             C Jangan            D Bukan-bukan

7.      ____________ Adibah, abangnya yang berbadan besar itu ___________tidak mampu untuk mengangkat kotak itu.
A Makin…makin                                B Sungguhpun…namun
C Bukan sahaja…tetapi juga              D Jangankan…pun

8.      _____________pemimpin ____________ rakyat mestilah sama-sama berganding bahu untuk membangunkan negara.
A Baik…mahupun                              B Biarpun…namun
C Entah…entah                                  D Mula-mula…kemudian


Latihan Penjodoh Bilangan

Berdasarkan penjodoh bilangan yang diberi, bina satu ayat tunggal.

1.      Kaki
................................................................................................................

2.      Butir
.................................................................................................................

3.      Das
..................................................................................................................

4.      Gugus
...................................................................................................................

5.      Sebatan
.....................................................................................................................

Selasa, 8 Januari 2013

Latihan 4

Video di bawah merupakan cerita "Sang Kancil dan Buaya".








Latihan 3
Membina ayat tunggal.

Arahan : Berdasarkan bahan rangsangan di bawah, bina tiga ayat tunggal yang sesuai dengan situasi di dalam video berkenaan. Seterusnya, bina empat pengajaraan yang sesuai dengan bahan rangsangan tersebut.


  

Latihan mestilah disiapkan di dalam Buku Latihan 1 dan dihantar pada hari Isnin hadapan bersamaan 12/1/2013.


Latihan 2
Nilai-Nilai Murni
Arahan
Senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun nasihat di bawah ini.

Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.


Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu


Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu


Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.



Sila tulis dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada cikgu pada hari Selasa 15 Januari 2013.

Isnin, 7 Januari 2013

Latihan 1
Karangan Profil
Arahan : Berdasarkan gambar berikut bina sebuah karangan pendek bertajuk "Aku Sebilah Parang". Panjang karangan antara 100-150 patah perkataan.

Sila tulis dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada Cikgu Ayad pada hari Isnin, 14/1/2013.

Ahad, 6 Januari 2013